A = Alpha
B = Bravo
C = Charlie
D = Delta
E = Echo
F = Foxtrot
G = Golf
H = Hotel
I = India
J = Juliet
K = Kilo
L = Lima
M = Mike
N = November
O = Oscar
P = Papa
Q = Quebec
R = Romeo
S = Sierra
T = Tango
U = Uniform
V = Victor
W = Whiskey
X = Xray
Y = Yankee
Z = Zulu
Sunday, June 29, 2008
Thursday, June 26, 2008
KENAIKAN KOS BAHAN API
Isu ni masih lagi hangat diperbincangkan disemua peringkat, tak kiralah sama ada di kedai kopi sampailah kedalam kamar mesyuarat kabinet kerajaan. Tanah Melayu @ Malaysia ini merupakan tanah bertuah yang kaya dengan sumber semulajadinya yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa. Sehinggakan ramai yang ingin terus kekal dibumi tanah pusaka ini.Suatu ketika dulu, kita merupakan pengeluar Bijih yang utama didunia (Bijih Timah & Bijih Besi), pengeksport getah yang terkenal, pengeluar miyak sawit, pengeluar produk petroleum dan juga mungkin ramai yang tidak mengetahui aktiviti perlombongan emas di Pahang.Sejarah mengatakan bahawa penjajah telah mengaut hampir kesemua hasil tanah keramat ini, sehinggakan ladang - ladang getah, lombong - lombong bijih tinggal kenangan apabila harga pasarannya merudum hampir kurang lebih 15 tahun yang lalu. Ramai penduduk yang terpaksa berhijrah keluar ke bandar - bandar untuk meneruskan usaha mencari sesuap nasi.Keadaan ekonomi hanya bergantung kepada dua faktor yang utama, PENAWARAN diimbangi oleh PERMINTAAN, permintaan yang tinggi dalam pasaran akan meningkatkan harga penawaran dan dari sinilah bermulanya episod PASARAN MASA DEPAN atau pun FUTURE TRADE.Malaysia merupakan ahli dalam OPEC yang mana OPEC ini lah yang menawarkan pasaran minyak kepada dunia. Maka x hairanlah, ramai Pak Arab ditimur tengah menjadi kaya raya dan hidup dalam kemewhan. Satu persoalan yang harus direnungkan oleh kita semua, ialah, daripada jumlah keluaran minyak untuk dunia dari Malaysia ini, berapa peratuskah secara puratanya yang digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri bagi tujuan pembangunan negara? Perlukah harga bahan bakar ini dinaikkan sebegitu rupa sehingga rakyat terbeban dengan kadar inlasi yang semakin meningkat? Cukuplah sejarah ladang getah & lombong bijih timah sebagai landasan. Sebenarnya, sebelum mengambil sebarang keputusan yang sebegini rupa, beberapa alternatif bagi mengimbangi akibatnya haruslah diperbincangkan secara terperinci dengan mengambil kira faktor - faktor penting berkaitan dengan KOS.Di negara ini, cukai jalan ditentukan dengan kapasiti enjin sesuatu kenderaan, maka, sepatutnya cukai jalan di Malaysia ini sudah lama dimansuhkan, atau pengurangan segala macam bentuk duti, cukai dan apa saja bentuk percukaian yang difikirkan wajar selepas daripada kenaikan atau sebelum atau semasa mengumumkan kenaikan kos bahan bakar tersebut, langkah pengimbangan semula haruslah diperjelaskan kepada rakyat. Mungkin juga dengan kawalan atau satu harga yang standard yang dipersetujui oleh pihak berkuasa bagi pemasangan alatan NGV untuk kenderaan di Malaysia, supaya pengedar, pengimport dan pemasar / penjual sistem NGV ini tidak menangguk di air keroh. Pihak yang berkenaan juga wajib memastikan bahawa bekalan NGV ini diperluaskan ke seluruh pelusuk negara.Sistem Pengangkutan Awam juga wajid diberi perhatian demi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat.Rakyat bukan lagi kanak - kanak hingusan yang boleh dibeli dengan gula - gula, rakyat telah lama sedar dan peka dengan hal - hal semasa, tidak kira politik, ekonomi mahupun isu sosial. Kekecohan dunia sekarang dengan peperangan adalah bertujuan untuk mendominasi sumber bahan bakar ini yang secara relatifnya berkait dengan kekuasaan ekonomi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Isteri ke 2
My LO49
